Rakaman CCTV No Russian |
NOTE: Artikel ini
ditulis khas untuk gamers yang tak tahu jalan cerita Modern Warfare 2, atau
gamers yang mahu memahami lebih details mengenai level kontroversi `No
Russian'.
Gamers sedunia pasti
tidak asing dengan misi kontroversi “No Russian” dalam game Call of Duty:
Modern Warfare 2 (MW2).
Ramai gamers yang pernah main game MW2, tapi tak faham jalan cerita sebenar dan sebab
kenapa kita tiba-tiba kena bunuh orang awam dan kenapa Makarov tembak kita
pada penghujung misi No Russian? Ada juga yang bertanya kenapa kita berkawan
dengan Makarov sedangkan Joseph Allen merupakan anggota tentera Amerika
Syarikat. Artikel ini akan menjawab persoalan anda.
Pada level pertama
MW2, anda bermain sebagai PFC Joseph Allen (Private
First Class). Beliau merupakan watak pertama yang muncul didalam Modern Warfare
2. Pada mulanya, Allen berkhidmat didalam 75th Ranger Regiment dan beliau
berada di bawah arahan General Shepherd. Beliau dihantar ke
Afghanistan untuk membantu Sergeant Foley melatih anggota Afghan National
Army di pangkalan Firebase Phoenix. Selepas itu,
Allen pergi ke 'The Pit' untuk meluluskan dirinya menyertai pasukan Task Force
141 (TF 141).
The Pit |
Selepas Allen berjaya
menamatkan sesi pemilihan di The Pit, 75th Ranger Regiment mendapat
panggilan kecemasan bahawa BCT-One
terperangkap di bandar berdekatan. Dari situ, mulalah level kedua Modern
Warfare 2, "Team Player".
Selepas
pemain berjaya menamatkan level kedua, Allen diserahkan
kepada General Shepherd dan beliau secara rasminya berjaya menyertai pasukan
Task Force 141.
Selepas berjaya
menyertai TF141, Joseph Allen hanya ada satu misi sahaja. Dapatkan kepercayaan
dari Makarov, siasat rancangan dan gerakan Makarov, beri informasi kepada CIA
dan tunggu arahan seterusnya dari General Shepherd. Beliau diberi identiti palsu bagi membantu beliau menyamar sebagai orang Rusia. Nama palsu beliau adalah 'Alexei Borodin'.
No Russian
Dengan bantuan agensi CIA, Allen berjaya bertemu dengan Makarov dan berjaya menyertai kumpulan pengganas Makarov yang bernama 'Inner Circle'. Selepas beberapa hari, Makarov dan rakannya merancang untuk melakukan serangan di lapangan terbang antarabangsa Zakhaev (Zakhaev International Airport/Международный аэропорт Захаев.) Suka tak suka, Joseph Allen terpaksa menyertai serangan tersebut demi mendapatkan kepercayaan Makarov. Dari situlah mulanya level kontroversi 'No Russian'.
Federal Security Service (FSB), No Russian Sumber: Call of Duty Wiki |
Dengan bantuan agensi CIA, Allen berjaya bertemu dengan Makarov dan berjaya menyertai kumpulan pengganas Makarov yang bernama 'Inner Circle'. Selepas beberapa hari, Makarov dan rakannya merancang untuk melakukan serangan di lapangan terbang antarabangsa Zakhaev (Zakhaev International Airport/Международный аэропорт Захаев.) Suka tak suka, Joseph Allen terpaksa menyertai serangan tersebut demi mendapatkan kepercayaan Makarov. Dari situlah mulanya level kontroversi 'No Russian'.
Tetapi
Makarov secara 'magic-nya' dapat tahu yang Allen sebenarnya adalah rakyat Amerika Syarikat
yang bekerja dalam TF141 dan CIA. Macam mana Makarov tahu tu admin tak pasti.
Tetapi Makarov senjaga membiarkan Allen menyertai misi menyerang lapangan terbang Zakhaev,
sebab Makarov mahu mempergunakan Allen sebagai alat untuk mencetuskan konflik diantara Amerika dan Rusia.
Pada permulaan
level No Russian, Makarov memberitahu rakannya 'Remember, no Russian' untuk
mengingatkan kepada mereka supaya jangan sebut bahasa Rusia. Pada akhir
permainan, Allen secara tiba-tiba ditembak oleh Makarov. Badan Allen
ditinggalkan di tempat kejadian supaya kerajaan Rusia jumpa mayat Joseph Allen.
Disebabkan kerajaan Rusia jumpa mayat Allen, kerajaan Rusia percaya bahawa
Amerika Syarikat adalah dalang di sebalik serangan pengganas di lapangan
terbang tersebut. Penggunaan senjata NATO, penyerang yang bercakap bahasa
Inggeris juga menguatkan lagi bukti bahawa serangan tersebut disokong atau dirancang
oleh Amerika Syarikat. Jesteru, tercetuslah Perang Dunia Ketiga, dimana Rusia
mengistiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Rancangan
Makarov berjalan dengan lancar, malah mencetuskan impak yang besar (Perang
Dunia ketiga).
Behind the scene
Baik, admin
dah cerita tentang No Russian. Sekarang ni jom cerita tentang behind the scene
pula.
Tahukah anda bahawa game designer yang paling banyak menyumbang idea untuk kebanyakan projek game Call Of Duty sebenarnya adalah orang Iran? Yes,
bukan orang Amerika, tetapi Iran.
Mohammad Alavi
merupakan salah satu game designer yang terkenal di Infinity Ward. Beliau banyak memberi sumbangan dan
idea untuk game-game Call of Duty seperti Call of Duty: United Offensive (2004), Call Of Duty 2
(2005), Call of Duty 4: Modern Warfare dan Call of Duty: Modern Warfare 2.
Mohammad Alavi jugalah yang banyak terlibat dalam proses pembangunan level 'No
Russian' ni. Alavi mahu menjelaskan kepada pemain mengapa Rusia
mahu menyerang Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, Alavi juga mahu pemain rasa
apa yang Allen lalui dan apa yang Makarov buat selama ni. Jadi, muncullah idea
No Russian.
Ketika proses
pembangunan No Russian dijalankan, Alavi banyak melakukan perubahan dalam level
tersebut supaya pemain tidak berasa trauma atau menghadapi apa-apa serangan
mental.
Infinity Ward dan
penerbit Activision setuju dan menyokong level No Russian dimasukkan ke dalam
MW2, tetapi ada game tester yang menolak keputusan tersebut, sehinggakan ada seorang Game Tester (yang pernah bertugas didalam Tentera Amerika Syarikat) menolak untuk mencuba main level No Russian.
Sebelum MW2 dipasarkan
ke seluruh dunia, rakaman video level No Russian dibocohkan oleh pengguna media
sosial. Selepas MW2 dipasarkan, No Russian menjadi isu kontroversi yang hangat
ketika itu. Pelbagai portal berita dan media melaporkan isu tersebut. Isu
kontroversi ini menyebabkan beberapa buah negara mengarahkan Infinity Ward
supaya menukar beberapa kandungan di level No Russian. Di negara Rusia pula,
level No Rusia dibuang sepenuhnya.
Isu kontroversi No
Russian dianggap sebagai salah satu topik yang sangat penting didalam industri
permainan video. Jika anda belajar di dalam course game development (terutamanya
game design), pasti cikgu anda akan menceritakan kepada anda mengenai topik ini. Syarikat
pembangunan permainan video perlu lebih hati-hati jika ingin mencipta game yang
mempunyai elemen pengganas. Kalau ada elemen pengganas, kena bijak merancang
strategi untuk mengelakkan berlakunya isu kontroversi yang berpanjangan
(seperti GTA V).
Minat dengan artikel
yang admin tulis ni? Jom Follow page Instagram admin. Klik sini.
Ulasan
Catat Ulasan