Ace Combat 7 : Pesawat UAV MQ-101

Pesawat UAV MQ-101 muncul buat kali pertama di trailer Ace Combat 7


Disebabkan game ni belum dilancarkan lagi, tak banyak yang kita tahu mengenai pesawat ini. Pesawat UAV MQ-101 ni hanya muncul di trailer Ace Combat 7 sahaja. Apa yang kita tahu sekarang adalah, pesawat kombat tanpa pemandu ini mampu melakukan gerakan extreme seperti membelok dan memusing dengan pantas dan tepat tanpa sebarang gangguan tarikan graviti atau G-force. Untuk pengetahuan anda, rekabentuk MQ-101 diambil dari pesawat UAV sebenar yangf digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, iaitu Northrop Grumman X-47B. Pesawat ini juga mampu melipat sayapnya, sama seperti pesawat UAV real-life, Northrop Grumman X-47B. MQ-101 dipercayai dibina oleh negara Osea dan digunakan oleh Tentera Udara Osea untuk melindungi ISEV (International Space Elevator), tetapi ia hanyalah teori sahaja buat masa sekarang.


Northrop Grumman X-47B

Kapal perang udara, Arsenal Bird dipercayai mampu membawa 80 buah pesawat MQ-101 secara serentak. MQ-101 bertanggungjawab melindungi Arsenal Bird dengan memusnahkan mana-mana objek yang cuba menyerang kapal Arsenal Bird. MQ-101 juga bertindak sebagai "suicide squad" dengan melanggar pesawat atau missile musuh yang bergerak kearah Arsenal Bird.


Arsenal Bird bersama dengan MQ-101, screenshot dari trailer Ace Combat 7

Buat masa sekarang, pesawat MQ-101 dikatakan pesawat UAV yang paling susah untuk ditembak jatuh.

Dalam dunia sebenar, Northrop Grumman X-47B digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai unmanned combat air vehicle (UCAV). Ia dilancarkan dari kapal carrier. Pesawat ini masih dalam proses kajian dan sehingga ke hari ini (9 September 2018), hanya 2 pesawat sahaja yang berjaya dibina oleh syarikat Northrop Grumman.

Credit : Acepedia, Ace Combat Fans, Northrop Grumman X-47 B Wikipedia.

Ulasan

Catat Ulasan