Selalunya apabila anda tanya mana-mana gamers “watak video game mana yang korang rasa paling kuat?”, dah tentu ramai gamers akan kata Kratos, Pyron, Giygas, Starkiller dan sebagainya. Nama “Steve” dari Minecraft jarang disebut kerana Steve lebih dikenali sebagai “builder” atau “survival”. Tetapi tahukah anda apabila anda memasukkan elemen matematik dan bandingkan Steve dengan watak lain, anda akan perasan bahawa Steve juga layak masuk ke dalam “senarai watak paling kuat di dalam dunia game”!
Permainan video Minecraft yang dicipta oleh Markus Persson ini membolehkan kita bermula dengan dua watak, iaitu Steve atau Alex. Walaubagaimanapun, watak yang paling “default” di dalam Minecraft adalah Steve. Ketinggian Steve adalah 1.8 block(s), 1.65 blocks jika tunduk, 0.6 blocks ketika meluncur/berenang dengan pantas dan lebarnya adalah 0.6 blocks.
Objek yang paling berat di dalam permainan Minecraft adalah “Golden Apple/Notch Apple”. Golden Apple juga boleh ditambahbaik menjadi Enchanted Golden Apple (enchanted apple di Bedrock Edition). Ia diperbuat daripada 8 blok emas dan 1 buah Apple.
| Sumber gambar : https://3dwarehouse.sketchup.com/model/a8e3e5be69c8b29218ab732cb6730fa5/Minecraft-Steve-by-Zapperier |
Objek yang paling berat di dalam permainan Minecraft adalah “Golden Apple/Notch Apple”. Golden Apple juga boleh ditambahbaik menjadi Enchanted Golden Apple (enchanted apple di Bedrock Edition). Ia diperbuat daripada 8 blok emas dan 1 buah Apple.
Di dalam dunia sebenar (real-life), 1 cubic meter emas adalah bersamaan dengan 42,000 pound.
1 cubic meter emas = 42,000 pound (19050 kilogram)
42,000 × 8 blok emas = 336,000 pound
Ini bermakna berat satu biji Notch Apple adalah 336,000 pound (152,407 KG).
Jadi Steve mampu membawa berat sebanyak 152,407 KG tanpa mengganggu kelajuan dan stamina beliau. Tetapi tunggu! Belum habis lagi.
Terdapat satu bekas (atau chest) di Minecraft bernama Shulker Box. Satu set Notch Apple bersamaan dengan 64 Notch Apple (satu set). Shulker Box boleh menyimpan 27 set Notch Apple.
336,000 pound (berat satu biji Notch Apple) x 64 = 21,504,000 pound.
21,504,000 pound x 27 (set Notch Apple) = 580,608,000 pound.
Jadi bermakna satu Shulker Box boleh menyimpan seberat 580,608,001 pound Notch Apple. Tetapi jangan lupa Steve masih ada inventori dan juga hotbar, jadi ada 36 slot lagi disana tak termasuk tangan kirinya.
580,608,000 x 37 (termasuk tangan kiri) = 21482496000 pound = 10,7,41,248 Ton.
Secara kesimpulannya, Steve mampu mengambil berat sebanyak 10 juta Ton, tanpa mengganggu kelajuan larian dan ketinggian lompatan beliau.
Kepada sesiapa yang tak biasa dengan unit Ton, berat 1 Ton adalah berat sebanyak 907 Kilogram. Berat seekor beruang dianggarkan sebanyak 1 Ton. Berat sebuah kereta secara amnya adalah 1.4 hingga ke 2 Ton.
10 juta Ton pula bersamaan dengan 9,071,847,400 Kilogram.
![]() |
| Kereta Proton Perdana (Generasi Kedua) adalah 1,535KG atau bersamaan dengan 1.7 Ton. |
10 juta Ton pula bersamaan dengan 9,071,847,400 Kilogram.
Itu bukanlah berat maximum yang Steve mampu ambil, kerana Steve juga masih boleh memakai pakaian Armor Gold atau Diamond. Steve juga boleh terselamat jika terjatuh dari ketinggian 200 blok dengan hanya meletakkan sedikit air di kawasan impak. Jadi Steve mampu mengambil berat lebih daripada 9 billion KG.
Jadi adakah Steve tergolong dalam senarai watak video game paling kuat? Anda tentukan.
Extra Fakta: Berat badan Steve
Jumlah Steve (total) cubic volume adalah 1,664 cubic pixels, dan disebabkan kesemua pemain pixel adalah 193.67 cubic centimeters, jumlah keseluruhan total volume Steve adalah 322,273 cubic centimeters. Berat badan manusia biasa selalunya adalah 1.062 grams. Ini bermakna, berat badan Steve dianggarkan sebanyak 342kg.




Dia punya kajian mendalam tu ... Lain macam beb .. Haha btw nice article ! Love it
BalasPadamManteb
BalasPadam