2K Games telah mengumumkan bahawa Civilization VI akan hadir ke Nintendo Switch pada 16 November ini.
Menurut 2K Games di laman web rasmi mereka, Civilization VI akan hadir bersama dengan 4 scenario pack iaitu tamadun Vikings, Poland, Australia, Persian dan Macedon scenario pack.
Civilization VI Switch juga mampu menyokong feature co-op dan competitive multiplayer. Maklumat lanjut sepatutnya keluar pada minggu ini, tetapi telah ditangguhkan buat sementara waktu akibat gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Hokkaido, Jepun.
Sumber : Polygon
Ulasan
Catat Ulasan